Monday, April 30, 2012

Tikar mengkuang

Assalamualaikum... semoga semuanya sihat walafiat hendakNya.
Lama sungguh tak kemaskini perkembangan kat blog mengkuang ni.

Disini disertakan gambar tikar mengkuang yang ditempah. Tempahan dibuat berdasarkan warna dan corak (corak tapak harimau) yang telah dipilih oleh pelanggan.

 Tiga bidang tikar yang berlainan saiz.


Corak tapak harimau.

Pakar mengkuang cakap ini ialah corak tapak harimau, muda-mudi cakap ini corak bintang... budak2 yang giler cerita kartun cakap ini macam bentuk shuriken ninja. Hahaha. Ape2 je lah... yang penting, tikar mengkuang yang ini sangat cantik, anyamannya sangat kemas dan teliti.

Tuesday, April 17, 2012

Tikar mengkuang

Dua bidang tikar yang berbeza, tapi menggunakan warna mengkuang yang sama. Pelbagai corak terbentuk hasil kreativiti penganyam. Semestinya perlu ada kepakaran untuk menganyam, kerana jika tersilap anyam maka tak dapatlah corak yang dikehendaki. Pemilihan warna juga penting untuk menarik minat pembeli. Ada yang suka warna moden, tak kurang juga yang berminat dengan warna klasik dan tradisional.