Monday, March 11, 2013

Tikar kelarai

Hari ini adalah hari terakhir buat jualan di Hari Kraf Kebangsaan 2013 (HKK). Apa lah yang berlaku kat sana sekarang ea? Teringin sangat nak join Kak Long buat jualan kat HKK, saya tak dapat turut serta di HKK kerana terbatas dengan rutin kerja disini. Daripada laporan yang diberikan hari-hari sebelum ini, gerai Jendilacraft mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Jualan sentiasa rancak. Alhamdulillah.

Seperti sebelum ini (tahun lepas), setelah sampai sahaja di rumah dari jualan HKK, Kak Long bersama kumpulan penganyam yang lain, tak menang tangan la nak melurut mengkuang.... huhuhuhu...


Di bawah ini disertakan gambar tikar kelarai.
 



Sunday, February 24, 2013

Corak tapak harimau

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini kami akan memaparkan tikar-tikar yang dibuat oleh orang muda, iaitu anak-anak Pn Jalila sendiri. Itupun masa diorang cuti,.bolehla tampung sikit-sikit.,daripada sikit bertambahla jugak (n,n). 

Hari ini kami post mengenai tikar bercorak tapak harimau. Sebelum nie pun banyak tikar yang bercorak ini. Apa yang lainnya adalah penggunaan warna. Penggunaan warna sangat memainkan peranan terhadap penghasilan tikar. Ini salah satu hasilnya. 

Penggunaan warna : koko + hijau + putih
Saiz  tikar ini adalah 3x5 kaki.
Untuk tempahan saiznya adalah 5x7, 2x4 dan 3x5 kaki.


Pada kali ni kami hanya memaparkan satu bidang dahulu (n,n)..insyaa Allah pada masa akan datang kami akan memaparkan banyak lagi gambar tikar yang dibuat oleh anak-anak Pn Jalila.....

Saturday, February 23, 2013

Kiriman Pos Ekspresssss!!!

Ha.,ini la dia khidmat kiriman ekspresssss yang digunakan oleh Jendila Craft (n,n), iaitu KTM DISTRIBUTION SDN. BHD. Ramai yang beranggapan Jendila Craft  menggunakan penghantaran melalui keretapi.,sebenarnya tidak. Kami menggunakan penghantaran melalui kiriman ini.,dengan menggunakan loriii. Apatah lagiii.,di Terengganu ini tak ade keretapi,.tugu keretapi adela..hehehe.



Bungkusan kat bawah nie pulak.,merupakan salah satu tempahan yang sempat diambil gambar (n,n). Tempahan tikar yang dibuat akan digulung untuk menjaga kualiti tikar yang ditempah..insyaa Allah.



Songket lagi?

Bukan... ini bukan songket, inilah tikar mengkuang jenis kelarai. Dianyam dengan begitu teliti, penuh ketekunan, penuh kepakaran dan kesabaran demi menghasilkan corak sebegini rupa. Adakah anyaman sebegini dapat diwarisi oleh generasi akan datang? Sanggupkah warga muda menganyam tikar kelarai sebegini rupa hasilnya? Huhuhu.... saya sendiri pun tak sempat nak belajar anyam tikar kelarai...

Tikar kelarai mahal harganya kerana memerlukan kepakaran tinggi, menggunakan mengkuang yang lebih halus dan masa yang lama untuk menyiapkannya. Biasanya, pembeli gemar jadikan ia sebagai hiasan dinding.

 

 


Songket ke tikar?

Sangat teruja dengan hasil anyaman dan gabungan warna tikar ni, macam songket! Cantik sangat! Inilah tikar kelarai namanya.


 

Saturday, February 2, 2013

Tikar mengkuang Arif Chan

Tengok Arif dalam gambar ni teringat kartun Sin Chan... hehehe....

Tikar mengkuang sambung


 


BEG TANGAN MENGKUANG



Hasil tangan yang terkini dari JENDILA CRAFT, beg tangan mengkuang. Kepada sesiapa yang ingin memiliki beg tangan mengkuang ini, jangan lupa untuk hubungi kami. 



Beg tangan mengkuang yang belum siap.

Tuesday, January 22, 2013

KELUARAN TERBARU 2013

Ini merupakan tikar kelarai design terbaru dari kami. Apa yang lainnya tikar ini adalah coraknya hanya berada pada bahagian tengah tikar. Gambar di bawah juga jenis tikar yang sama, bezanya adalah coraknya.

SAIZ TIKAR : 5x7, 5x3 dan 2x4
Corak Belakang Siput
 

 p/s: warna, corak dan saiz untuk tempahan adalah pilihan pelanggan sendiri (n,n)

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pengunjung blog ini. Sempena tahun baru ini.,banyak juga design terbaru yang dikeluarkan oleh Jendilacraft. Harap semua pelanggan berpuas hati dengan hasil jari jemari dari Jendilacraft.