Sunday, December 11, 2011

Tetak mengkuang

Membantu ibu menetak dan mengumpulkan daun  mengkuang.
Proses ini pernah diceritakan sebelum ini di sini, TETAK MENGKUANG.

Kali ini mengkuang yang tidak mempunyai duri ditetak. Daun mengkuang ini lebih pendek dan kurang lebar berbanding daun mengkuang berduri. Walaupun ia tidak berduri, namun ia tetap sukar ditetak kerana dikelilingi semak samun. Dengan gigih dan kesabaran yang dikurniakan Ilahi, kami berusaha mengumpulkan daun mengkuang ini demi kelangsungan produk kraf mengkuang.




Terima kasih Allah...

Thursday, October 27, 2011

Menganyam beg mengkuang

Nak kena mengarang ke? adei!!!....

TAJA adalah nama yang diberikan bagi langkah untuk memulakan anyaman.

Untuk setiap kali proses taja ini, sebanyak dua helai daun mengkuang digunakan. Tajaan dimulakan ditengah-tengah panjang daun mengkuang.



              10 helaian daun mengkuang.

             

Taja yang separuh siap. Panjang tapak beg mengkuang yang diperlukan ialah sepanjang 19 inci.

          

Siap taja 19 inci. Anyaman untuk baris kedua dimulakan.


 Anyaman baris kedua yang hampir siap.

          
 
 Tapak beg mengkuang yang siap di anyam.



Baharu sahaja siap tapak... selanjutnya, InsyaAllah bersambung dilain post.
Terima kasih.

Friday, October 21, 2011

Tempahan beg mengkuang

Alhamdulillah... syukur ke-hadrat Ilahi diberikan kesihatan yang baik.

Tempoh untuk siapkan beg mengkuang semakin hampir ke penghujungnya. Moga tempahan beg mengkuang ini dapat disiapkan seperti yang telah dijadualkan.

                       
Menganyam beg mengkuang.
                                    
                                                

  Sedikit gambaran di suatu sudut rumah yang penuh dengan beg mengkuang... :)

                       
                                
                      

Wednesday, October 19, 2011

Proses warna dan jemur

Bismillaa hirrahmaa nirrahim

Tika ini, kami sedang berusaha gigih untuk menyiapkan tempahan beg mengkuang sebanyak 100 buah. Sempat mengambil beberapa keping gambar untuk proses mewarna mengkuang dan jemur. Sebelum ini, proses warna dan jemur mengkuang ada disebut disini PROSES 8: WARNA DAN JEMUR.

Menurut tempahan yang diterima, pelanggan menginginkan beg mengkuang yang mempunyai dua warna. Untuk itu, kita menggunakan kaedah mewarna mengkuang yang diberi nama celup tunggeng. Hahaha... sudah tentulah nama yang diberikan dalam bahasa Ganu. Ada nama lain ke?



Ini adalah mengkuang yang ingin diwarnakan, ia perlu diikat kemas.

                                            


Sebelum ke proses celup tunggeng, ingin ditunjukkan kaedah celup mengkuang yang biasa dilakukan iaitu celup tenggelam (hahaha, ia ke namanya ni?). Kesemua bahagian mengkuang direndamkan didalam air mendidih (yang telah dibancuh warna) selama beberapa minit.



  Apabila berpuas hati dengan warna yang terhasil iaitu sebati dengan mengkuang, maka bolehlah ia dikeluarkan daripada periuk. Penyediaan warna ini memerlukan kreativiti kreatif yang tinggi kerana warna serbuk pewarna mengkuang yang wujud hanyalah dalam bentuk warna asas iaitu kuning, biru dan merah sahaja.


Celup tunggeng: merendamkan sebahagian mengkuang dalam air berwarna yang mendidih selama beberapa minit.

                                



 Angkat untuk menyediakan warna yang seterusnya.
 
                      


Kemudian hujung mengkuang yang belum diwarnakan direndam dalam air panas (air yang telah dibancuh dengan warna lain) selama beberapa minit. 
                         
                    
                           
 Angkat dan bilas dengan air sejuk.
                                        
                                
                      
 Mengkuang dijemur diampaian untuk dikeringkan.
                              
                                 


                            
                                  
                             
Proses mewarna mengkuang mengambil masa sehari untuk disiapkan dan dikeringkan. Jika cuaca cerah, cepatlah kering. Jika cuaca mendung, lambat lah sikit kering.

Rumitkan? Ye, memang ia memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi.

Kepada sesiapa yang ingin menempah barangan mengkuang, boleh hubungi kami melalui email atau telefon seperti yang tertera di sebelah.

Sekian, terima kasih.

                    

Tuesday, October 18, 2011

Tikar kelarai


Disini diuploadkan beberapa bidang tikar mengkuang jenis kelarai atau lebih popular dipanggil tikar permaidani kerana coraknya yang cantik, unik dan klasik. Tidak semua orang dapat menganyam tikar jenis kelarai ini. Ia memerlukan kepandaian dan tahap imaginasi yang tinggi. Dalam Kampung Pinang Merah, dan mungkin dalam satu mukim Paka ini, hanya ada dua orang sahaja yang masih aktif menghasilkan tikar kelarai berkualiti tinggi seperti ini. Menurut Jendilacraft, memang ada beberapa orang lagi dikawasan Paka ini yang pandai menganyam kelarai, tetapi mereka tidak lagi aktif menganyam disebabkan faktor-faktor usia dan keadaan yang tidak mengizinkan. Bimbang, generasi akan datang hanya kenal kelarai di kelas Pendidikan Seni dan mungkin hanya mengenali kelarai di internet sahaja.

Tikar seperti ini memang mahal harganya. Ia mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana perlu peka dan fokus kepada corak yang akan terbentuk. Bukan itu sahaja, untuk tikar kelarai ini, saiz JANGKAAN daun mengkuang adalah lebih halus, ada yang kurang daripada 5 mm lebar. Proses JANGKA adalah proses membelah daun mengkuang menjadi bilah-bilah kecil menggunakan alat jangka. Proses tersebut ada disebut disini, BUANG DURI DAN JANGKA.

Selama perniagaan tikar mengkuang ini dijalankan, tidak ada tikar kelarai yang mempunyai warna yang sama, mahupun corak yang sama. Tikar yang terhasil semestinya mempunyai corak yang berbeza dan sekurang-kurangnya mempunyai warna yang berbeza antara tikar-tikar lain. Itulah uniknya tikar kelarai. Setiap tikar mempunyai nilai sentimentalnya sendiri.

Oleh kerana bilahnya yang halus dan harganya yang mahal, kebanyakan orang tidak menjadikan tikar kelarai ini sebagai alas lantai. Ia dibingkaikan (frame) dan dijadikan hiasan dinding. Klasik, antik.

 Tikar kelarai
                                                  
 
                                     

                                 
Tikar kelarai
                                                                                                           
           


          
Tikar ini tidak tersenarai dalam tikar kelarai. Ia adalah tikar biasa dan corak yang terhasil daripada anyaman mengkuang berwarna hijau dan putih dinamakan corak beras patah.




Kepada sesiapa yang inginkan produk ini, boleh hubungi kami melalui email atau nombor telefon seperti yang tertera di sebelah.

Terima kasih.

Monday, October 17, 2011

Persediaan sebelum jualan

Bismillaa hirrahmaa nirrahiim..
Assalamualaikum w.b.t.

Maaf sesangat, dah lama biarkan blog ni tak berupdate. Ada banyak sangat projek tikar yang sedang dijalankan sekarang ni sebenarnya. Tak menang tangan.

Untuk hasilkan barangan mengkuang ni sememangnya 100% hasil kerja tangan. Tiada bantuan sebarang mesin pun. Memang tidak ada mesin yang dicipta untuk menganyam mengkuang atau menganyam tikar ni. Setiap urat mengkuang yang halus itu terhasil melalui beberapa proses yang sangat teliti sebelum terhasilnya sebidang tikar. Proses-proses tersebut ada diterangkan dalam post sebelum ini iaitu PROSES-PROSES SEDIA MENGKUANG. InsyaAllah, kami akan lengkapkan post tersebut supaya lebih menarik, khas untuk tatapan semua, terutamanya untuk generasi muda sekarang dan generasi akan datang. Tak ramai yang sanggup menganyam tikar tika ini, kerana prosesnya yang rumit. Ia sangat memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi. Bak kata header blog ni, "MENGKUANG HANDCRAFT BUSINESS TROUGH MAGIC FINGERS". Jari-jari ajaib...


Ini adalah suasana biasa di rumah apabila membuat persiapan sebelum bertolak kemana-mana jualan kraf. Tikar-tikar perlu digulung dengan kemas dan ditag dengan betul. Begitu juga dengan barangan lain, perlu disusun dolam kotak dengan kemas dan rapi.



Sebahagian tikar yang siap digulung dan dimasukkan ke dalam karung plastik.



Saturday, March 12, 2011

Jualan Hari Kraf Kebangsaan 2011

PART 2
Visitors and buyers at jendilacraft's booth - thanks to u all...















                                                                    
















             
                                                      

Sunday, February 27, 2011

Jualan Hari Kraf Kebangsaan 2011

PART 1

                 



















        
                      























































































































































Tuesday, February 22, 2011

Hari Kraf Kebangsaan 2011 (23 Feb - 7 Mac 2011)

Perhatian kpd semua, adalah dimaklumkn bahawa Hari Kraf Kebangsaan 2011 akn berlangsung pada 23 Februari hingga 7 Mac 2011 dr pukul 10pg - 8mlm di Kompleks Kraf,Jalan Conlay,Kuala Lumpur...pihak kami (jendilacraft) juga akan berada di sana..kpd sesiapa yg berminat terhadap produk kami dan ingin memilikinya,anda semua dengan hormatnya dijemput melihat dan membeli secara langsung produk2 kami di sana...siapa cepat dia dapat,hehehe...semoga berjumpa dgn anda semua di sana..