Sunday, October 13, 2019

Kembali bersiaran akhir 2019.

Lama menyepi. Alhamdulillah kini kembali nak berblogging.
Tikar mengkuang nak menyerlahkan diri.

Thursday, November 10, 2016

Tikar mengkuang in making

In making tikar mengkuang, size 6 feet x 4 feet.
 Jenuh juga nak buat anyaman kelarai ni. Kalau tersilap anyam, kena buka kemudian anyam semula... :(


Tuesday, November 1, 2016

Jualan sempena Hari Kraf Kebangsaan 2014

Terowww bek..

Kat blog pon boleh terow bek.

Belanja gambar jualan sempena Hari Kraf Kebangsaan.
Tahun bila ni?
2014 kot... :p
Hehehe....





Sekarang........ di tahun 2016.
Alhamdulillah.... syukur...
Masih lagi giat menganyam mengkuang terutamanya untuk siapkan tempahan.
Tak menang tangan.
Sekarang ni sedang siapkan tempahan tikar mengkuang, katanya nak lekatkan pada siling.
Ganbatte kudasai!!!

Bubur Asyura

Alhamdulillah.. pada 29 Oktober 2016 (Sabtu) bersamaan 28 Muharam 1438 H dapat berkumpul sebahagian ahli keluarga dan sanak saudara untuk bersama-sama bergotong royong masak bubur asyura. Terima kasih kepada yang sudi datang memeriahkan suasana. Moga dimurahkan rezeki dan dapat berkumpul lagi. :)


 

Monday, March 11, 2013

Tikar kelarai

Hari ini adalah hari terakhir buat jualan di Hari Kraf Kebangsaan 2013 (HKK). Apa lah yang berlaku kat sana sekarang ea? Teringin sangat nak join Kak Long buat jualan kat HKK, saya tak dapat turut serta di HKK kerana terbatas dengan rutin kerja disini. Daripada laporan yang diberikan hari-hari sebelum ini, gerai Jendilacraft mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Jualan sentiasa rancak. Alhamdulillah.

Seperti sebelum ini (tahun lepas), setelah sampai sahaja di rumah dari jualan HKK, Kak Long bersama kumpulan penganyam yang lain, tak menang tangan la nak melurut mengkuang.... huhuhuhu...


Di bawah ini disertakan gambar tikar kelarai.
 



Sunday, February 24, 2013

Corak tapak harimau

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini kami akan memaparkan tikar-tikar yang dibuat oleh orang muda, iaitu anak-anak Pn Jalila sendiri. Itupun masa diorang cuti,.bolehla tampung sikit-sikit.,daripada sikit bertambahla jugak (n,n). 

Hari ini kami post mengenai tikar bercorak tapak harimau. Sebelum nie pun banyak tikar yang bercorak ini. Apa yang lainnya adalah penggunaan warna. Penggunaan warna sangat memainkan peranan terhadap penghasilan tikar. Ini salah satu hasilnya. 

Penggunaan warna : koko + hijau + putih
Saiz  tikar ini adalah 3x5 kaki.
Untuk tempahan saiznya adalah 5x7, 2x4 dan 3x5 kaki.


Pada kali ni kami hanya memaparkan satu bidang dahulu (n,n)..insyaa Allah pada masa akan datang kami akan memaparkan banyak lagi gambar tikar yang dibuat oleh anak-anak Pn Jalila.....

Saturday, February 23, 2013

Kiriman Pos Ekspresssss!!!

Ha.,ini la dia khidmat kiriman ekspresssss yang digunakan oleh Jendila Craft (n,n), iaitu KTM DISTRIBUTION SDN. BHD. Ramai yang beranggapan Jendila Craft  menggunakan penghantaran melalui keretapi.,sebenarnya tidak. Kami menggunakan penghantaran melalui kiriman ini.,dengan menggunakan loriii. Apatah lagiii.,di Terengganu ini tak ade keretapi,.tugu keretapi adela..hehehe.



Bungkusan kat bawah nie pulak.,merupakan salah satu tempahan yang sempat diambil gambar (n,n). Tempahan tikar yang dibuat akan digulung untuk menjaga kualiti tikar yang ditempah..insyaa Allah.



Songket lagi?

Bukan... ini bukan songket, inilah tikar mengkuang jenis kelarai. Dianyam dengan begitu teliti, penuh ketekunan, penuh kepakaran dan kesabaran demi menghasilkan corak sebegini rupa. Adakah anyaman sebegini dapat diwarisi oleh generasi akan datang? Sanggupkah warga muda menganyam tikar kelarai sebegini rupa hasilnya? Huhuhu.... saya sendiri pun tak sempat nak belajar anyam tikar kelarai...

Tikar kelarai mahal harganya kerana memerlukan kepakaran tinggi, menggunakan mengkuang yang lebih halus dan masa yang lama untuk menyiapkannya. Biasanya, pembeli gemar jadikan ia sebagai hiasan dinding.