Bismillaa hirrahmaa nirrahiim..
Assalamualaikum w.b.t.
Maaf
sesangat, dah lama biarkan
blog ni tak ber
update. Ada banyak sangat
projek tikar yang sedang dijalankan sekarang ni sebenarnya. Tak menang
tangan.
Untuk hasilkan barangan mengkuang ni sememangnya 100%
hasil kerja tangan. Tiada bantuan sebarang mesin pun. Memang tidak ada
mesin yang dicipta untuk menganyam mengkuang atau menganyam tikar ni.
Setiap urat mengkuang yang halus itu terhasil melalui beberapa proses
yang sangat teliti sebelum terhasilnya sebidang tikar. Proses-proses
tersebut ada diterangkan dalam
post sebelum ini iaitu
PROSES-PROSES SEDIA MENGKUANG.
InsyaAllah, kami akan lengkapkan
post tersebut supaya lebih menarik,
khas untuk tatapan semua, terutamanya untuk generasi muda sekarang dan
generasi akan datang. Tak ramai yang sanggup menganyam tikar tika ini,
kerana prosesnya yang rumit. Ia sangat memerlukan ketekunan dan
kesabaran yang tinggi. Bak kata header blog ni,
"MENGKUANG HANDCRAFT
BUSINESS TROUGH MAGIC FINGERS". Jari-jari ajaib...
Ini adalah
suasana biasa di rumah apabila membuat persiapan sebelum bertolak
kemana-mana jualan kraf. Tikar-tikar perlu digulung dengan kemas dan
ditag dengan betul. Begitu juga dengan barangan lain, perlu disusun dolam kotak dengan kemas dan rapi.
Sebahagian tikar yang siap digulung dan dimasukkan ke dalam karung plastik.