Showing posts with label Tikar kelarai. Show all posts
Showing posts with label Tikar kelarai. Show all posts

Monday, March 11, 2013

Tikar kelarai

Hari ini adalah hari terakhir buat jualan di Hari Kraf Kebangsaan 2013 (HKK). Apa lah yang berlaku kat sana sekarang ea? Teringin sangat nak join Kak Long buat jualan kat HKK, saya tak dapat turut serta di HKK kerana terbatas dengan rutin kerja disini. Daripada laporan yang diberikan hari-hari sebelum ini, gerai Jendilacraft mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Jualan sentiasa rancak. Alhamdulillah.

Seperti sebelum ini (tahun lepas), setelah sampai sahaja di rumah dari jualan HKK, Kak Long bersama kumpulan penganyam yang lain, tak menang tangan la nak melurut mengkuang.... huhuhuhu...


Di bawah ini disertakan gambar tikar kelarai.
 



Saturday, February 23, 2013

Songket lagi?

Bukan... ini bukan songket, inilah tikar mengkuang jenis kelarai. Dianyam dengan begitu teliti, penuh ketekunan, penuh kepakaran dan kesabaran demi menghasilkan corak sebegini rupa. Adakah anyaman sebegini dapat diwarisi oleh generasi akan datang? Sanggupkah warga muda menganyam tikar kelarai sebegini rupa hasilnya? Huhuhu.... saya sendiri pun tak sempat nak belajar anyam tikar kelarai...

Tikar kelarai mahal harganya kerana memerlukan kepakaran tinggi, menggunakan mengkuang yang lebih halus dan masa yang lama untuk menyiapkannya. Biasanya, pembeli gemar jadikan ia sebagai hiasan dinding.

 

 


Songket ke tikar?

Sangat teruja dengan hasil anyaman dan gabungan warna tikar ni, macam songket! Cantik sangat! Inilah tikar kelarai namanya.


 

Tuesday, October 18, 2011

Tikar kelarai


Disini diuploadkan beberapa bidang tikar mengkuang jenis kelarai atau lebih popular dipanggil tikar permaidani kerana coraknya yang cantik, unik dan klasik. Tidak semua orang dapat menganyam tikar jenis kelarai ini. Ia memerlukan kepandaian dan tahap imaginasi yang tinggi. Dalam Kampung Pinang Merah, dan mungkin dalam satu mukim Paka ini, hanya ada dua orang sahaja yang masih aktif menghasilkan tikar kelarai berkualiti tinggi seperti ini. Menurut Jendilacraft, memang ada beberapa orang lagi dikawasan Paka ini yang pandai menganyam kelarai, tetapi mereka tidak lagi aktif menganyam disebabkan faktor-faktor usia dan keadaan yang tidak mengizinkan. Bimbang, generasi akan datang hanya kenal kelarai di kelas Pendidikan Seni dan mungkin hanya mengenali kelarai di internet sahaja.

Tikar seperti ini memang mahal harganya. Ia mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana perlu peka dan fokus kepada corak yang akan terbentuk. Bukan itu sahaja, untuk tikar kelarai ini, saiz JANGKAAN daun mengkuang adalah lebih halus, ada yang kurang daripada 5 mm lebar. Proses JANGKA adalah proses membelah daun mengkuang menjadi bilah-bilah kecil menggunakan alat jangka. Proses tersebut ada disebut disini, BUANG DURI DAN JANGKA.

Selama perniagaan tikar mengkuang ini dijalankan, tidak ada tikar kelarai yang mempunyai warna yang sama, mahupun corak yang sama. Tikar yang terhasil semestinya mempunyai corak yang berbeza dan sekurang-kurangnya mempunyai warna yang berbeza antara tikar-tikar lain. Itulah uniknya tikar kelarai. Setiap tikar mempunyai nilai sentimentalnya sendiri.

Oleh kerana bilahnya yang halus dan harganya yang mahal, kebanyakan orang tidak menjadikan tikar kelarai ini sebagai alas lantai. Ia dibingkaikan (frame) dan dijadikan hiasan dinding. Klasik, antik.

 Tikar kelarai
                                                  
 
                                     

                                 
Tikar kelarai
                                                                                                           
           


          
Tikar ini tidak tersenarai dalam tikar kelarai. Ia adalah tikar biasa dan corak yang terhasil daripada anyaman mengkuang berwarna hijau dan putih dinamakan corak beras patah.




Kepada sesiapa yang inginkan produk ini, boleh hubungi kami melalui email atau nombor telefon seperti yang tertera di sebelah.

Terima kasih.

Sunday, September 19, 2010

Jualan kraftangan di Mesra Mall Kerteh




















                        
















                             
















                                 

Sunday, July 18, 2010

Tikar mengkuang kelarai (TKM 013)

















































Nama : Tikar permaidani

Saiz :
~ 2 kaki x 4 kaki
~ 3 kaki x 6 kaki
~ 2 1/2 kaki x 5 kaki
~ 5 kaki x 7 kaki
~ 3 1/2 kaki x 7 kaki

Warna :
warna putih mengkuang asli dan hitam.

Ciri-ciri :
1. Tikar kelarai.
2. Mempunyai pelbagai bentuk corak. Contohnya : pucuk rebung, tulang ikan dan sebagainya.
3. Mempunyai lapisan tikar mengkuang lain di bawahnya.
4. Mempunyai jahitan keliling iaitu tulang belut.

Harga:
Anyaman kelarai = serendah RM 17.00 (1 kaki x 1 kaki)
Anyaman lapisan bawah = RM 4.00 (1 kaki x 1 kaki)
Jahitan keliling tulang belut = RM 2.00 (1 kaki)



Friday, May 28, 2010

Tikar mengkuang kelarai (TKM 007)

















































Nama : Tikar permaidani

Saiz :
~ 2 kaki x 4 kaki
~ 3 kaki x 6 kaki
~ 2 1/2 kaki x 5 kaki
~ 5 kaki x 7 kaki
~ 3 1/2 kaki x 7 kaki

Warna :
Warna putih mengkuang asli, merah, hijau muda dan biru gelap.

Ciri-ciri :
1. Tikar kelarai.
2. Satu lapisan sahaja yang mempunyai corak yang sangat menarik.

Harga:
Anyaman kelarai = serendah RM 17.00 (1 kaki x 1 kaki)
Anyaman lapisan bawah = RM 4.00 (1 kaki x 1 kaki)
Jahitan keliling tulang belut = RM 2.00 (1 kaki)