Showing posts with label Anyaman beg mengkuang. Show all posts
Showing posts with label Anyaman beg mengkuang. Show all posts

Sunday, February 12, 2012

Menganyam beg mengkuang: Part II

Sambungan dari Menganyam beg mengkuang.


Sesudah tapak beg siap, sekarang tiba masanya anyam bucu beg (kami panggil angkat bucu je) tapi gambar tak ada plak nak upload sini. Mungkin dalam post seterusnya, kami akan cuba tunjukkan cara anyam bucu beg mengkuang secara kasar.


  
 Tapak beg mengkuang dianyam bergantung pada saiz yang dikehendaki.


 
 Anyam satu persatu, 100% dengan kudrat jari jemari. Ketinggian juga mestilah pada ukuran seragam.

 Beg mengkuang separa siap - proses lepih. Kemudian, potong yang berserabut tu satu persatu.


Antara beg mengkuang yang separa siap dianyam.


Lain post, InsyaAllah kami akan tunjukkan gambar2 anyaman tangkai beg mengkuang.

Terima kasih.

Thursday, October 27, 2011

Menganyam beg mengkuang

Nak kena mengarang ke? adei!!!....

TAJA adalah nama yang diberikan bagi langkah untuk memulakan anyaman.

Untuk setiap kali proses taja ini, sebanyak dua helai daun mengkuang digunakan. Tajaan dimulakan ditengah-tengah panjang daun mengkuang.



              10 helaian daun mengkuang.

             

Taja yang separuh siap. Panjang tapak beg mengkuang yang diperlukan ialah sepanjang 19 inci.

          

Siap taja 19 inci. Anyaman untuk baris kedua dimulakan.


 Anyaman baris kedua yang hampir siap.

          
 
 Tapak beg mengkuang yang siap di anyam.



Baharu sahaja siap tapak... selanjutnya, InsyaAllah bersambung dilain post.
Terima kasih.