Tikar kelarai mahal harganya kerana memerlukan kepakaran tinggi, menggunakan mengkuang yang lebih halus dan masa yang lama untuk menyiapkannya. Biasanya, pembeli gemar jadikan ia sebagai hiasan dinding.
Saturday, February 23, 2013
Songket lagi?
Tikar kelarai mahal harganya kerana memerlukan kepakaran tinggi, menggunakan mengkuang yang lebih halus dan masa yang lama untuk menyiapkannya. Biasanya, pembeli gemar jadikan ia sebagai hiasan dinding.
Songket ke tikar?
Saturday, February 2, 2013
BEG TANGAN MENGKUANG
Hasil tangan yang terkini dari JENDILA CRAFT, beg tangan mengkuang. Kepada sesiapa yang ingin memiliki beg tangan mengkuang ini, jangan lupa untuk hubungi kami.
Beg tangan mengkuang yang belum siap.
Tuesday, January 22, 2013
KELUARAN TERBARU 2013
SAIZ TIKAR : 5x7, 5x3 dan 2x4
Corak Belakang Siput
p/s: warna, corak dan saiz untuk tempahan adalah pilihan pelanggan sendiri (n,n)
SELAMAT TAHUN BARU 2013
Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pengunjung blog ini. Sempena tahun baru ini.,banyak juga design terbaru yang dikeluarkan oleh Jendilacraft. Harap semua pelanggan berpuas hati dengan hasil jari jemari dari Jendilacraft.
Monday, April 30, 2012
Tikar mengkuang
Assalamualaikum... semoga semuanya sihat walafiat hendakNya.
Lama sungguh tak kemaskini perkembangan kat blog mengkuang ni.
Disini disertakan gambar tikar mengkuang yang ditempah. Tempahan dibuat berdasarkan warna dan corak (corak tapak harimau) yang telah dipilih oleh pelanggan.
Tiga bidang tikar yang berlainan saiz.
Corak tapak harimau.
Pakar mengkuang cakap ini ialah corak tapak harimau, muda-mudi cakap ini corak bintang... budak2 yang giler cerita kartun cakap ini macam bentuk shuriken ninja. Hahaha. Ape2 je lah... yang penting, tikar mengkuang yang ini sangat cantik, anyamannya sangat kemas dan teliti.
Tuesday, April 17, 2012
Tikar mengkuang
Dua bidang tikar yang berbeza, tapi menggunakan warna mengkuang yang sama. Pelbagai corak terbentuk hasil kreativiti penganyam. Semestinya perlu ada kepakaran untuk menganyam, kerana jika tersilap anyam maka tak dapatlah corak yang dikehendaki. Pemilihan warna juga penting untuk menarik minat pembeli. Ada yang suka warna moden, tak kurang juga yang berminat dengan warna klasik dan tradisional.
Sunday, February 12, 2012
Menganyam beg mengkuang: Part II
Sambungan dari Menganyam beg mengkuang.
Sesudah tapak beg siap, sekarang tiba masanya anyam bucu beg (kami panggil angkat bucu je) tapi gambar tak ada plak nak upload sini. Mungkin dalam post seterusnya, kami akan cuba tunjukkan cara anyam bucu beg mengkuang secara kasar.
Tapak beg mengkuang dianyam bergantung pada saiz yang dikehendaki.
Anyam satu persatu, 100% dengan kudrat jari jemari. Ketinggian juga mestilah pada ukuran seragam.
Beg mengkuang separa siap - proses lepih. Kemudian, potong yang berserabut tu satu persatu.
Antara beg mengkuang yang separa siap dianyam.
Lain post, InsyaAllah kami akan tunjukkan gambar2 anyaman tangkai beg mengkuang.
Terima kasih.
Sunday, December 11, 2011
Tetak mengkuang
Proses ini pernah diceritakan sebelum ini di sini, TETAK MENGKUANG.
Kali ini mengkuang yang tidak mempunyai duri ditetak. Daun mengkuang ini lebih pendek dan kurang lebar berbanding daun mengkuang berduri. Walaupun ia tidak berduri, namun ia tetap sukar ditetak kerana dikelilingi semak samun. Dengan gigih dan kesabaran yang dikurniakan Ilahi, kami berusaha mengumpulkan daun mengkuang ini demi kelangsungan produk kraf mengkuang.
Terima kasih Allah...
Subscribe to:
Posts (Atom)













