Tuesday, October 18, 2011

Tikar kelarai


Disini diuploadkan beberapa bidang tikar mengkuang jenis kelarai atau lebih popular dipanggil tikar permaidani kerana coraknya yang cantik, unik dan klasik. Tidak semua orang dapat menganyam tikar jenis kelarai ini. Ia memerlukan kepandaian dan tahap imaginasi yang tinggi. Dalam Kampung Pinang Merah, dan mungkin dalam satu mukim Paka ini, hanya ada dua orang sahaja yang masih aktif menghasilkan tikar kelarai berkualiti tinggi seperti ini. Menurut Jendilacraft, memang ada beberapa orang lagi dikawasan Paka ini yang pandai menganyam kelarai, tetapi mereka tidak lagi aktif menganyam disebabkan faktor-faktor usia dan keadaan yang tidak mengizinkan. Bimbang, generasi akan datang hanya kenal kelarai di kelas Pendidikan Seni dan mungkin hanya mengenali kelarai di internet sahaja.

Tikar seperti ini memang mahal harganya. Ia mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana perlu peka dan fokus kepada corak yang akan terbentuk. Bukan itu sahaja, untuk tikar kelarai ini, saiz JANGKAAN daun mengkuang adalah lebih halus, ada yang kurang daripada 5 mm lebar. Proses JANGKA adalah proses membelah daun mengkuang menjadi bilah-bilah kecil menggunakan alat jangka. Proses tersebut ada disebut disini, BUANG DURI DAN JANGKA.

Selama perniagaan tikar mengkuang ini dijalankan, tidak ada tikar kelarai yang mempunyai warna yang sama, mahupun corak yang sama. Tikar yang terhasil semestinya mempunyai corak yang berbeza dan sekurang-kurangnya mempunyai warna yang berbeza antara tikar-tikar lain. Itulah uniknya tikar kelarai. Setiap tikar mempunyai nilai sentimentalnya sendiri.

Oleh kerana bilahnya yang halus dan harganya yang mahal, kebanyakan orang tidak menjadikan tikar kelarai ini sebagai alas lantai. Ia dibingkaikan (frame) dan dijadikan hiasan dinding. Klasik, antik.

 Tikar kelarai
                                                  
 
                                     

                                 
Tikar kelarai
                                                                                                           
           


          
Tikar ini tidak tersenarai dalam tikar kelarai. Ia adalah tikar biasa dan corak yang terhasil daripada anyaman mengkuang berwarna hijau dan putih dinamakan corak beras patah.




Kepada sesiapa yang inginkan produk ini, boleh hubungi kami melalui email atau nombor telefon seperti yang tertera di sebelah.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment